TMFC JUARA BOLA SEPAK REMAJA BAWAH 12 TAHUN 2010

FOTO : Mangsa-mangsa Bom fosforus Israel Laknatullah

FOTO : AKSI AKROBATIK, APA KATA ANDA?

PEMAIN tengah Fulham, Zoltan Gera melakukan aksi akrobatik selepas berjaya menjaringkan gol pada perlawanan Liga Europa,menentang Juventus di Craven Cottage, London, awal pagi tadi. Fulham bangkit tewaskan Juventus 4-1 di laman sendiri untuk layak ke suku akhir. (Agregat 5-4).

FOTO : AKSI AWAK-AWAK CUBA MENAIKKAN IKAN YU SPESIES PURBA

AWAK-AWAK cuba menaikkan yu paus spesies purba atau nama sainstifiknya Rhinodon-typicus seberat lebih dua tan menggunakan kren bot di Pangkalan Jeti 98, Tok Bali, Kelantan, selepas nelayan laut dalam terbabit menemuinya di perairan pada kedudukan 21 nautika dari Kuala Tok Bali. Bangaimanapun, usaha itu tidak berjaya kerana kren berkenaan hanya mampu mengangkat beban sehingga dua tan.

FOTO KONTROVERSI : PELAKON BERGAMBAR DENGAN ANJING

Gambar pelakon drama terkenal, Sharifah Sofia Syed Hussein yang lebih dikenali sebagai Sofia bersama dua ekor anjing di laman sosial Internet baru-baru ini menimbulkan rasa kurang senang peminat-peminatnya.

Gambar yang dimuat turun oleh Sofia sendiri dalam laman blog miliknya sejak Mei tahun lalu mendapat pelbagai reaksi negatif daripada khalayak khususnya masyarakat Islam.

Sumber : KOSMO!

FOTO AKSI Champions League: SEKITAR PERLAWANAN ANTARA CHELSEA VS INTER MILAN

PEMAIN Chelsea, Frank Lampard (kiri) dan pemain Inter Milan, Samuel Eto’o merebut bola dalam perlawanan kedua 16 pasukan terakhir Liga Juara-Juara Eropah, awal pagi tadi. Inter Milan menewaskan Chelsea 1-0.

Baca baki entri ini »

FOTO : IKAN BERTUBUH SASA SEPERTI AHLI SUKAN

LONDON – Beberapa saintis telah berjaya menghasilkan ikan trout yang genetiknya telah diubah dan perutnya mempunyai ‘otot’ seperti ahli sukan bina badan, lapor sebuah akhbar semalam.

Ikan mutan itu merupakan hasil usaha selama sedekad Terry Bradley yang merupakan seorang profesor perikanan dan akuakultur di Universiti Rhode Island.

Ikan trout itu mengalami peningkatan jisim otot di antara 15 hingga 20 peratus lebih tinggi berbanding ikan biasa.

Peningkatan jisim otot akan memberi manfaat komersial apabila ikan ternakan boleh menjadi lebih besar tanpa perlu menambah jumlah makanannya. – Agensi

FOTO : LEE CHONG WEI JUARA ALL ENGLAND

FOTO : CIUMAN SINGA AMAT BERAHI SEKALI

Seekor singa tahu menilai kasih sayang antara mereka, manusia pula semakin hari semakin terhakis kasih sayang itu…Seeorang ibu sanggup membuang anaknya sendiri, dan kanak-kanak disepak terajang seperti bola sehingga membawa maut…apa dah jadi…………….????

FOTO : PELAKON YANG DITAHAN KERANA DADAH

Benjy yang sudah beristeri dan mempunyai seorang anak ditahan bersama teman wanitanya yang berusia 24 tahun di sebuah kondomunium mewah di Jalan Segambut petang Khamis kerana disyaki memiliki 850 gram kokain dan 140 gram syabu dengan nilai rampasan bernilai RM650,000.

Kedua mereka direman selama tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya.

Benjy yang terkenal berlakon sejak zaman remaja pernah memenangi anugerah pelakon lelaki terbaik (telefilem) pada Anugerah Skrin.

Sumber : Agenda Daily

« Older entries